Teratak Ikan Bakar memulakan operasi pada 1hb Februari 2013, mengambil alih operasi dari pengurusan lama dengan menggunakan nama yang sama. Menerapkan konsep ikan bakar di Kuala Lumpur, Teratak Ikan Bakar menyajikan hidangan ikan bakar yang dibakar menggunakan arang dengan Sos Istimewa Teratak bagi dinikmati oleh para pelanggan yang ingin merasa kelainan pada hidangan ikan bakar. Teratak Ikan Bakar bukan sahaja menyajikan hidangan ikan bakar, malah juga menyediakan menu-menu menarik untuk selera di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment